Sunday, 8 July 2007

Cari Kerja Melalui Internet...

Ketika saya menghabiskan pengajian saya di universiti lewat 80-an dahulu, Internet masih lagi belum lahir dalam bentuk yang kita kenali hari ini.

Internet, atau lebih gemar disebut alam maya oleh sesetengah orang, kini merevolusi kehidupan melalui lebih daripada satu cara -- dari cara kita bekerja hinggalah ke cara kita mencari kerja. Jika pada zaman saya dahulu, saya hanya bergantung kepada iklan di akhbar-akbar, kini pencari kerja dan pemburu kerjaya boleh memanfaatkan kuasa alam maya untuk mencapai maklumat mengenai kekosongan jawatan.

Selain daripada portal kerjaya seperti www.jobstreet.com, terdapat juga beberapa portal lain yang menyediakan perkhidmatan kerjaya kepada pencari kerja. Malah, ada juga laman web syarikat-syarikat tertentu yang menawarkan kerjaya.

Semua ini menawarkan banyak peluang untuk pencari kerja bagi membuat pilihan. Tetapi satu perkara tetap tidak berubah -- tidak kiralah sama ada anda memohon kerja melalui iklan di akhbar atau melalui Internet, persaingan tetaplah sengit.

Malah, pada era teknologi maklumat, ia akan lebih sengit lagi kerana saingan bukan setakat rakan seuniversiti di dalam negara, malah juga pemburu kerja dari negara lain. Globalisasilah katakan.

No comments: